:: Sotong Udang Goreng Telur Masin ::

versi 1 ~ kurang power


Menu 2 : Sotong/Udang Goreng Telur Masin
Disediakan oleh En Suami kerana teringat menu Restaurant Hj Sharin Low


Cadangan hidangan untuk 2 orang

Bahan-bahannya:
Udang / Sotong (campur pun sodaaap)
1 biji telur ayam
Tepung jagung
Minyak utk menggoreng udang & sotong
2/3 biji Telur masin (rebus dan ambik telur merah jer)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang puti
(bawang merah dan bawang putih dicincang)
butter untuk menggoreng
Daun kari
Garam ( x letak coz dah ada telur masin )
Brown sugar

Cara-caranya:
A. Sotong / Udang goreng tepung

  1. Sediakan minyak cukup untuk menggoreng ( deep fry )
  2. Sebiji telur ayam dipecahkan
  3. Tepung jagung untuk disalut
  4. Apabila minyak panas, celup udang/sotong dalam telur dan kemudian salut dengan tepung jagung.
  5. Gorng hingga garing / masak.
  6. Letak sebelah.
B. Kuahnya ( x berkuah sangat pun)
  1. Panaskan butter (jgn banyak sangat, just utk tumis jer)
  2. Tumis bawang yg telah dicincang tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan telur masin (telur merah sahaja yg telah direbus dan dilenyek).
  4. Kacau rata... masukkan air kalau kering sangat.
  5. Perasakan dengan garam gula... garam x yah letak pun x pa sbb dah ada telur masin.
  6. Masukkan daun kari.
  7. Akhir sekali masukkan sotong / udang yg siap digoreng tadi.
  8. Kacau rata ...
  9. Siap untuk dihidang...

Tadaaaaa....

versi 2 ~ upgrade...sedapppppp... tq En Suami


nie si isteri gunakan untuk sahur... hehe...


sedap dimakan dgn nasi + sup sayur


desert... sagu gula melaka...


till then... selamat mencuba
xoxo

Post a Comment

0 Comments