Tuesday, October 7, 2014

:: Simple Muffin Pisang ::



Resepi Muffin Pisang / Banana Muffin
Sumber : 


Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/3 cawan gula ~ 1 cawan ja letak sbb pisang Dole dah manis
  • 2 biji pisang yang ranum ~ 3 biji pisang Dole ranum
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur (guna telur gred A)
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat ~ x letak sbb x da
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu kecil esen pisang ~ x letak jugak sbb x da
  • Hiasan ikut citarasa (choc chip/ badam/ colour decor)
Cara-caranya:
  1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.  Ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.  Ketepikan.
  3. Pukul telur hingga berbuih (agak2 dalam 1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang.
  4. Selepas itu masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, tepung sedikit demi sedikit. 
  5. Titikkan beberapa esen pisang, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer yer... guna spatula atau senduk kayu jer.
  6. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin (isikan 3/4 cawan papercup) dan letakkan coklat di tengahnya
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 18 ke 20 minit, sejutkkan di atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder.  Sedia untuk dihidang.  Selamat mencuba.


Note:   Panaskan oven 200'C selama 15 minit.  Bila dah masukkan adunan turunkan suhu 170'C  selama 30 minit (ikut oven masing2 lah ya).

Nota:   Resepi asal ada chocolate chips dimasukkan ke dalam adunan dan kemudian gaul rata.  Kemudian mori taburkan hirisan badam on top. Next time baru nak buat sbb ni pun pakai apa yg ada ja.

I loike !!! 

xoxo


2 comments:

Contact Form

Name

Email *

Message *