:: Dilema Memilih Kaedah Mengajar ::


Dilema awal tahun

Tahun pertama mengajar boleh diterima alasan kurang pengalaman untuk mendidik anak bangsa dengan kaedah yang berkesan. Tetapi setelah memasuki tahun ke 6 mengajar pemulihan terasa malu dengan diri sendiri apatah lagi dengan masyarakat untuk menyatakan masih keliru memilih kaedah berkesan untuk anak-anak murid pemulihan.

Tahun bertukar angka, saya masih pening kaedah mana nak diguna. Seperti sekarang, masih carry forward 5 murid yang tegar ( belum lancar abjad dan suku kata) dan sudah berada di tahun 3... saya sangat gusar..... 

Modul-modul dari  GC Pemulihan

Reflect balik saya pernah guna beberapa kaedah dari Guru Cemerlang pemulihan contohnya Cikgu Radzi (Bacaan Titian Sinar), Cikgu Rasif (Bacaan Jauhari) dan paling awal  saya pernah gunakan modul Cikgu Rosmimah Embi (Rajin Mengeja Pandai Membaca). Semua otai-otai dalam bidang Pendikan Pemulihan. Semua modul terbaik tetapi saya gagal dalam perlaksanaan sebab:-
  • tidak dapat konsisiten dalam modul GC (guru cemerlang) 
    • Apabila pemantauan dijalankan, akan ditegur utk menggunakan modul terkini
    • terhenti separuh jalan
  • pengambilan murid tidak dapat dijalankan sepenuhnya (seminggu 7 waktu paling maksimum)
    • murid seringkali lupa semasa kelas berikutnya.... 
  • Tiada pengayaan dirumah
    • tidak boleh hi expectation in this sebab parents murid pun buta huruf lagi
  • saya sendiri blurrr setiap kali p&p (mashaaAllah)
Itulah yang dapat reflect, banyak lagi sebenarnya... tapi inilah yang major barrier yang saya rasakan. Tahun ni, saya nak fokus semula, dalam saya mengajar saya juga belajar. Both pun nak kena seimbang, kena seiring untuk dapatkan impak maksima pada penghujung 2016. 

Apa yang saya nak buat? 
  1. Kenalpasti betul-betul anak murid tidak kuasai abjad sahaj Gunakan - Buku 1 dan 2 titian sinar
  2. Murid yang dah lepas K1 dan K2 - Gunakan Modul LINUS Asas 1 - Asas 3 ikut murid
  3. RPT - Gabungan RPT pemulihan dan RPT LINUS bertema ( K1-K2 guna pemulihan, K3 ke atas LINUS)
  4. Mencari masa terluang untuk " 5 minit bersama Cikgu Ana " - bawak flashcard/ buku abjad refresh smula dimana-mana terjumpa. 1 hari 1 abjad cukuplah.
  5. Cuba menyediakan pengajaran lebih 'fun' dan ceria.... tak nak marah-marah selalu....
Untuk K1- Buku 1 dan 2
Ok... untuk mencapat objektif di atas.... saya akan bagi tempoh 3 bulan ( Januari - Mac) untuk dapatkan impak keberkesanan. Diagnostik akan dibuat semula pada Mac 2016. In shaa Allah....

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah permudahkan dan jangan kau susahkan....

Jom sama-sama join saya .....

xoxo


Post a Comment

0 Comments