#02 ll Minggu pertama dan kedua Persekolahan 2021

So, dah masuk minggu ke dua persekolahan secara atas talian, atau lebih sinonim Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah(PdPR). Selalunya kalau bersemuka, guru2 pemulihan akan menjalankan proses kerja mengikut yang telah ditetapkan. Jom ulangkaji sikit kalau perjalanan kerja guru pemulihan di sekolah rendah. 

  1. Pencalonan 👍
  2. Ujian Saringan (sedang dilaksanakan)
  3. Ujian Diagnostik & Pengamatan (sedang dilaksanakan)
  4. Analisa Ujian Diagnostik & Pengamatan
  5. Penyediaan Rancangan Pengajaran
  6. Pengajaran dan Pembelajaran
  7. Penilaian
Carta Alir Program Pemulihan
Pencalonan macam biasa dari guru kelas dan guru matapelajaran. Alhamdulillah, tahun ni pun guru kelas dan guru matapelajaran dah boleh kenalpasti murid-murid yang lemah penguasaan dalam asas BM dan Matematik. Jadi, nama-nama yang dicalonkan terus masuk link wa kelas Cikgu Farhana.
Untuk pembelajaran atas talian ni, banyak lagi nak kena belajar, so to break the ice, 1st week macam biasa kita buat ice breaking dimulakan dengan Cikgu Farhana dulu dan bersambung dengan murid-murid lain tahun 3 Azam dan 2 Azam. Alhamdulillah cikgu dapat mood, anak murid pun bagi respond yang sangat menggalakkan. 

  1. Video Pengenalan Guru  (Benime Apps + iMovie untuk editing)
  2. Maklumat Murid  Liveworksheets Minggu ke dua dah mula saringan bertulis Matematik bahagian pertama (Kemahiran 1- kemahiran 6). Walaupun ada sikit invalidity disini, tapi kita jalankan jugak dan akan support dengan saringan lisan untuk minggu ke 4 nanti. Chillex dulu... cara dan syarat2 kita dah bagi, tapi cikgu masih ragu dengan results yang kebabom tu. Cam biasa la...mesti ada bantuan dalam menjawab soalan. Tak pa... no worry. Sabaq sat...

  1. Saringan Matematik Bahagian 1 (K1-K6) 
  2. Video Editing - iMovie + youtube + liveworksheets 
 Alhamdulillah for now ... Next entry kita sambung saringan BM pulak...Chiaw dulu🐞

Post a Comment

0 Comments