Sunday, February 7, 2021

#04 ll Sistem Mata Ganjaran Maya

Semua pastinya dah biasa dengan Sistem Token/ Mata Ganjaran untuk murid kita. Disamping menggalakkan student engagement, kita juga dapat tingkatkan students punya achievement. Tahun lepas dengan pandemik melanda, terlupa terus mata ganjaran ni... sampai la last week rakan pemulihan Cikgu Ili share dia buat Token Online. Zassss, terus buka Canva (again) dan design Carta Token (template dah ada, edit ja)

Ok, macam mana kita nak kira token kali ni. Setiap hasil kerja yang dihantar dan setiap peningkatan kemahiran kita akan bagi token. Hadiah nanti bila dah buka sekolah kita bagi ataupun mana yang terbaik mengikut kehendak semasa.

Untuk penilaian PdPR ni, tak boleh nak ambil dari online punya assesment, nampak ada pertolongan ibu bapa yang melebihi sepatutnya. Jadi, kita gunakan Google Meet/ Vid Call untuk validity. Bukan nak rigid tapi kita perlu pasti yang anak-anak kita ni dah kuasai. 


Tahun 3 Azam

Tahun 2 Azam
Bertambah semangat cikgu dan anak murid, tak kurang juga ibu bapa. Sama-sama tak nak emoji sedih...semua kejar bintang. Semoga dapat tingkatkan pencapaian dan penglibatan murid semua.

⭐Reach For The Stars ⭐

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *