Monday, June 7, 2021

#08 ~ PdPR Murid Pemulihan

 PdPR ~ Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah

Catatan peribadi saya sebagai Guru Pemulihan

Masa PKP pertama, saya stranded dekat Langkawi dengan arwah mak. Masa tu, internet connection kt dalam rumah tu (bukan Langkawi itself), alahai...tahap tanam diri sendiri. So, saya tak payah nak p duduk dalam ceruk kampung, pedalaman mana untuk "feel" orang tak da internet punya pasai. Bayangkan tengah online meeting, nak present sambil jalan keliling rumah, sedar sedar kat pagar depan dah... hahaha, tak kira dok bawah pokok rambutan, sesambil gendong anak...and ada skali tengah syiok present mak panggil nak p tandas. Rindunya arwah mak (AL fatihah).

So, pdpr saya time tu just through WA (offline). Masa tu belum jelas lagi, pakebenda la justifikasi pdpr ni....nak buat apooo. Tengok cikgu-cikgu Pasti anak bagi arahan PdPR jelas , so ikut la template depa bagi tu. Alhamdulillah, kebetulan  ada video2 pdp atas talian (youtube) yang boleh diguna pakai. Attach link dan kongsi beraam.

Fast forward 2021, PdPR lagi Januari - Februari. Masa ni, dah kena balik lokasi bekerja. So, dah tak da masalah internet. Lebih jelas perlaksanaan PdPR. Sembang-sembang santai dengan kawan-kawan, tengok macam mana depa laksanakan...aduh, ralat rasa, macam-macam depa buat dan saya tak buat... 

**ini untuk kategori saya Guru Pemulihan (GPM)

  • Group WA/Tele murid pemulihan 
  • Saringan lisan video call/ voice call 
  • Sedia bahan bertulis untuk murid/modul 
  • project based learning 

So, saya pun kumpulkan pengalaman rakan-rakan dan perbaiki untuk PdPR kali ke 2 ni. Buat sebanyak mana termampu. Mac masuk sekolah macam biasa, PdPC pula namanya, kembali seperti biasa. Tapi, panas tidak hingga ke Petang... sekolah kembali ditutup dan PKP3.0 bermula, hello!! saya PdPR...😄

Jom saya nak kongsi kategori murid-murid pemulihan saya...mungkin boleh kongsa cadangan penambahbaikan, atau menjadi idea untuk rakan-rakan lain guna.

Kumpulan murid saya ada 4 kategori, i) tak boleh berkomunikasi dengan baik (masalah bahasa); ii) masalah peranti/ Ibu bapa bekerja, tiada pemantauan; iii) boleh mengikuti kelas online/offline dan; iv) Murid orang asli.

Pendekatan digunakan :-

  1. dalam talian (on-line) ~ Google Meet, Video Call & Modul
  2. luar talian ~ Arahan pengajaran dan pembelajaran diberikan melalui whatsapp
  3. Modul PdPR ~ Murid Orang Asli (mingguan)
Jadinya, untuk semua murid mendapat hak belajar sepanjang PdPR, tiga perndekatan ni memang kena buat, tu pun saya masih ralat untuk anak-anak asli, sekadar bagi modul kerja saja. Tapi, takat tu la cikgu boleh tolong sebab faktor keselamatan dan kesihatan berasama. 

Selebihnya, terpulang pada Ibu bapa untuk mengatur masa sesuai, yang boleh bagi yang terbaik untuk anak-anak masing-masing. Tak boleh online, ada offline... tak boleh online offline, baan modul pun bagi. 

Manual PdPR



Next post saya akan kongsi bagaimana saya laksanakan pembelajaran dalam talian bersama anak-anak kelas pemulihan. 

 
~cikgu farhana~

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *