#12 ~ Ajar ABC guna Aplikasi Tik Tok

 TikTok merupakan aplikasi media sosial yang bukan baru lagi. Banyak perbezaan pendapat tentang penggunaan aplikasi ini. Ada yang suka dań tak kurang yang berpandangan ianya tidak sesuai dałam pendidikan.

Mungkin aplikasi ini lebih banyak menonjolkan anak-anak muda menari, dan tidak nampak unsur pendidikan di situ. Tetapi, dalam apa juga medium media sosial yang kita gunakan, kita kena bıjaksana dalam memilih dan applikasi dalam kehidupan.

Ok, yang pasti Cikgu Farhana suka Sangat TikTok ni. Bukan sbb nak menari tapi, cikgu sendiri belajar resipi menarik di TikTok, life hacks pun TikTok dan macam-macam lagi. Jadi, alang-alang dah mengadap tu elok kita  ikut arus semasa untuk buat bahan PdPR menggunakan platform ni.

TikTok CIKGU FARHANA asalnya untuk gunakan templat nak gabungkan gambar dan hantar ke IG, tapi lama kelamaan cikgu perati ramai share bahan berkaitan pendidikan yang boleh kita buat untuk menarik minat murid. Terlampau banyak sampai tak terkejar rasanya. 

Kali ni nak cerita berkaitan satu bahan yang cikgu buat untuk ulangkaji masa cuti ( Jom Belajar ABC). Seronok sebab lepas tu ada murid yang tak kenal ABC dia boleh jawab spontan ja bila cikgu tanya waktu kelas online. Sebak sat waktu tu.... tapi seronok la ... orang kata itu la hadiah paling bermakna untuk cikgu.

Asalnya lembaran ni saja cikgu bagi, sebulan dok ulang-ulang tapi tak berapa berhasil.Tapi, kita upgrade sikit dengan video TikTok ABC tu, ada impak untuk murid kali ni. 



Masa sambang-sembang dengan rakan guru (Cikgu Ili), so kami buat rumusan:-
  1. Masa zaman belajaq dulu memang penyarah Dr Syukri kami dah kata...bahan video lebih 3 minit ni akan reduce penerimaan murid.
  2. bahan bergerak memang menarik
  3. PdPR ni kita jauh dengan murid, bahan-bahan macam ni akan kurangkan jurang tu
Akhir kata...cikgu-cikgu di luar sana yang belum explore TikTok boleh cuba. Variasikan penggunaan media dan teknik pengajaran. Selamat mencuba semua.



@cikgufarhana

Ulangkaji ABC #tiktokguru #tiktokmalaysia #cikgufarhana #tiktokgurupemulihan

♬ original sound - FARHANA BINTI CHE AN

Post a Comment

0 Comments