buku panduan PdP pemulihan
Setiap kali penggal baru persekolahan bermula, maka guru pun sibuk menyiapkan Folder Rancangan Mengajar masing-masing. Perancangan Tahunan, program-program kecemerlangan, laporan tahunan dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).
RPT merupakan perancangan yang dibuat guru untuk sepanjang tahun. Ini akan menjadi panduan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. RPT dibina bukan sesuka hati tetapi berdasarkan silibus yang telah dibekalkan oleh KPM. Bagaimana pula dengan Program Pemulihan?
Dalam Program Pemulihan di sekolah, kita ada perancangan tetapi tidak boleh meletakkan sasaran atau masa yang spesifik untuk murid menguasai setiap topik/kemahiran. Tiada istilah RPT untuk murid pemulihan kerana aras penguasaan murid pemulihan sangat berbeza dengan murid-murid di arus perdana. Keduanya, murid yang telah melepasi tahap penguasaan di kelas pemulihan akan kembali ke kelas perdana.
Guru Pemulihan (GPM) di sekolah berpandukan kepada Buku Panduan Pengajaran dań Pembelajaran (2019) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). BPK telah mengeluarkan Buku Panduan Pengajaran dań Pembelajaran untuk Bahasa Melayu dan Matematik murid pemulihan. Ini merupakan rujukan terkini yang perlu diguna pakai oleh GPM di sekolah.
Berikut saya kongsikan Buku Panduan Pengajaran dań Pembelajaran:
Buku Panduan PdP Bahasa Melayu
0 Comments