#20 Pop-It Matematik

 


Pop-It untuk meningkatkan kemahiran matematik murid

Semua murid obsess dengan Pop-It, even as a parent pun anak-anak sendiri dok nyanyi nak Pop-It tak berhenti. Sama juga dengan anak-anak murid. Their excitementtu priceless bila nampak cikgu keluarkan Pop-It.

Jadi, untuk itu kita tambah baik dalam pengajaran kita samada BM ataupun Matematik. Untuk kelas saya, saya gunakan untuk Matematik. Bermula dengan tarik minat murid untuk barmain-main saja dengan Pop-It tu... kemudian kenalkan nombor dan surah murid membilang... dan lepas tu biasakan operasi asas tambah tolak pulak.

Apa persediaan guru:

  1. Pop-It secukupnya (SOP)
  2. Kad nombor/ kad operasi
  3. Lembaran kerja berkaitan
  4. Video PdP (optional)

Pop-It! Permainan

Belajar operasi asas tambah tolak lebih menarik dengan penggunaan Pop-it. Murid nampak lebih mudah untuk faham. Tapi, masih ada juga yang masih perlu bimbingan. So, lembaran kerja yang disediakan adalah berdasarkan kemahiran nombor bulat, operasi tambah/tolak lingkungan 10 & operasi tambah/tolak longkungan 18.

Pemerhatian

Murid lebih memberi fokus semasa pembelajaran berlangsung dan lebih mudah faham konsep asas. Semoga terus cemerlang anak-anak cikgu semua.

Post a Comment

0 Comments