#21 Modul PEDAGOGI TERBEZA PEMULIHAN KHAS



 Pedagogi Terbeza Dalam Program Pemulihan Khas

Pelaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah rendah telah berjalan sejak tahun 60an lagi. Program ini dibangunkan bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Selaras dengan transformasi pendidikan di Malaysia. (KBSR- 1983, PIPP-2006 DAN Program LINUS-2009), Program Pemulihan Khas menjadi antara tunjang utama pembanagunan pendidikan di Malaysia.

Konsep

Konsep yang digunakan dalam kelas pemulihan adalah berdasarkan:-

  • kelompok/kumpulan mengikut tahap penguasaan
  • berada dalam persekitaran/kelas yang kondusif
  • membina jalinan mesra antara murid dan guru di dalam bilik darjah
  • memberikan peneguhan positif terhadap minat murid dalam pelajaran
  • mengetengahkan pembelajaran "fun learning" - belajar samba bermain
Justera itu, pemulihan khas telah menjalankan pengajaran secara terbeza bagi memastikan murid mengusai masalah 3M.

Modul Pedagogi Terbeza Pemulihan Khas (PTPK)

Pendekatan PdP yang melibatkan guru secara proaktif dalam mempelbagaikan strategi pengajaran mengikut kesesuaian murid yang pelbagai.

Prinsip PTPK

5 prinsip utama pedagogi terbeza:-

  • kualiti kurikulum
  • persekitaran yang sesuai
  • pentaksiran berterusan dan konsisten
  • pengajaran responsif mengikut kepelbagaian murid
  • pdp yang fleksibel

Elemen PTPK

Terdapat 4 elemen utama pedagogi terbeza:-

  • Kandungan - mengikut tahap murid
  • Proses - kaedah pengajaran yang pelbagai
  • Produk - mrnghasilkan bahan mengikut tahap murid
  • Persekitaran - kondusif dan menarrik minat murid belajar
Contoh Aktiviti Terbeza dalam PdP pemulihan
Bahasa Melayu



Matematik




Kesimpulan
Pedagogi terbeza merupakan pendekatan PdP guru dalam mempaerbagaikan pedagogi pengajaran berdasarkan empat elemen utama sama ada kandungan, proses, produk atau persekitaran bagi memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Pendekatan ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pembalajaran.



Rujukan







Post a Comment

0 Comments