#22 Green Screen Video Editing

 Edit guna Green Screen


Dari ini

Kenapa green screen? Bila kita shooting guna green screen , ia dapat memberi kebebasan untuk edit gambar atau video menggunakan efek visual yang menarik. Editing menjadi lebih mudah menggunakan green screen.


Jadi ini
Software Editing

Software apa nak guna? Atau selalunya rakan2 tanya hang pakai apps apa? Kalau dulu  agak terhad pilihan software yang ada, dan memerlukan kemahiran profesional. Contoh software yang ada di pasaran seperti iMovie (Apple), Windows Movie Maker (Windows), Adobe Primiere. 

Tapi sekarang, pilihan lebih banyak dan editing lebih mudah dan flexible menggunakan telefon. Contoh software yang mesra pengguna adalah Kinemaster, iMovie, InShot, Filmora dan lain-lain lagi.

Edit Menggunakan iMovie

Dalam menghasilkan video pembelajaran "Senaman Minda" yang lalu, saya cuba menggunakan studio sekolah yang lengkap dengan Green Screen dan lighting. Lighting memberikan efek yang lebih realistik, video nampak lebih menarik. 

Selepas shoot di studio, menggunakan video 4k, file transfer ke laptop untuk di edit menggunakan iMovie. Dalam iMovie, import media untuk backgrond (4k no copyrights backgrond) (Klik Sini) atau YouTube, Seterusnya, Import video yang telah dirakam tadi ke dalam projek.

Dalam iMovie, masukkan background yang telah dipilih, dan di atasnya masukkan video green screen tadi. Pilih video overlay setting - green/blue screen. Kemudian edit masuk lagu dan teks yang bersesuaian.


iMovie green screen editing

Hasil Akhir





Kesimpulan

Kelebihan menggunakan green screen, dapat menghasilakan video dan gambar seperti profesional editor. Video lebih menarik dan mengikut keperluan kita. Untuk permulaan, kita akan rasa rumit tetapi bila dah biasa dengan antaramuka software yang digunakan, editing menjadi lebih mudah.

Selamat Mencuba

Post a Comment

0 Comments