#23 Persiapan Minggu Pertama Persekolahan

Cipta Memori Indah Persekolahan 

Minggu pertama persekolahan adalah masa yang penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan menarik untuk pelajar. Tapi sebelum itu, bagi menyambut kehadiran anak murid ke kelas, guru perlu pastikan kelas berada dalam keadaan yang kondusif dan tersusun. 


Persediaan Guru

Sebagai guru kelas pemulihan, perkara wajib setiap kali persekolahan bermula ialah memastikan alatan menulis, mewarna dan bahan-bahan aktiviti dalam kelas tersedia. supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar..     

Minggu awal persekolahan adalah minggu suai kenal dan persediaan bagi murid. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) wajib berlangsung tetapi seeloknya berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan. 

Oleh itu, persediaan guru menyambut kehadiran murid pada minggu awal persekolahan perlu lebih santai dan menyeronokkan agar murid selesa dan minat untuk datang ke sekolah.


Aktiviti Minggu Pengenalan

Bagi mencipta detik kenangan indah bersama, berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan murid pada minggu awal persekolahan.

  • Kenali Diri - Nama Saya
    • Aktiviti ice-breaking menggunakan lembaran kerja yang telah disediakan, Sebelum itu, guru menjadi contoh 8memperkanalkan diri, umur, warna kegemaran daÅ„ perasaan mereka pada hari tersebut. 

  • Buih Ajaib
    • Murid membuat buaih bersama-sama guru dan bermain tiup buih bersama-sama. 
  • Permainan Bahasa / Permainan nombor
    • Blok Abjad / Blok Nombor
    • Aktiviti luar kelas seperti Ajen Hero (Treasure Hunt)
  • Seni & Kraftangan
    • Buku Interaktif - Lembaran kerja menulis/menggunting/mewarna


Kesimpulan
Memori Indah di sekolah akan mencipta kenangan terbaik untuk masa depan murid. Dari situ murid akan minat untuk belajar. Bermula dengan persekitaran pembelajaran yang seronok diharapkan akan menghasilkan proses pembelajaran yang mencapai okbektif yang telah disasarkan. In Shaa Allah



Post a Comment

0 Comments