#25 Smartboard Untuk Murid Pemulihan

Murid teruja melengkapkan latihan interaktif

 Apa itu smartboard?

Smartboard dalam bahasa mudahnya adalah papan tulis interaktif. Kebiasaannya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau untuk perbentangan. Apa yang menariknya smartboard ni, ia dioperasikan secara interaktif dengan menggunakan pen khas atau jari. Fungsi sentuh ini menarik minat murid untuk fokus belajar.

Selain itu, smartboard juga menyediakan fungus-fungsi asas lain untuk Bahan-bahan digital online mahupun offline. Untuk yang mempuanyai bajet minimum seperti cikgu, cukup sekadar smartboard tanpa tambahan item-item lain yang lebih canggih dah memudahkan. Sambungkan smartboard kepada komputer atau tablet, jalankan PdP interaktif bersama murid.

 Kenapa smartboard?


Bahan digital YouTube
Bahan digital YouTube Cikgu Anaferana

Bergantung kepada keperluan penggunaan cikgu terhadap penyampaian dalam bilik darjah. Untuk kelas cikgu Farhana, smartboard menjadi pilihan kerana selain berfungsi sebagai alat pandang dengar dan sebut, murid juga boleh menulis di atas whiteboard interaktif.

Sebelum ini cikgu menggunakan smart tv, penggunaan terhad kepada bahan pengajaran digital dengar tutur dan membaca. Tetapi dengan smartborad murid boleh menggunakan bahan digital untuk aktiviti menulis juga.

 Bahan-bahan Digital PdP Pemulihan.
One Stop Rujukan


Sebelum negara dilanda pandemik, Bahan-bahan digital PdP terdiri daripada Powerpoint/Keynote Presentation. Bahan-bahan lain terdiri daripada sumber-sumber atas talian seperti permainan interaktif (wordwall) dan juga aplikasi mobile.

Setelah Covid-19 menyerang dunia, pembelajaran dilaksanakan secara atas talian. Lebih banyak bahan-bahan digital terhasil untuk kegunaan murid pada ketika itu. Tetapi, Bahan-bahan ini sesuai digunakan secara atas talian ataupun luar talian.

Sepanjang PdPr, semua bahan-bahan digital cikgu kumpulkan dalam satu tempat yang dipanggil MyLink Cikgu Farhana. Semua bahan-bahan seperti nota, social media rasmi (YouTube + TikTok), lembaran kerja digital (Liveworksheets) dan link kelas online dikumpulkan pada satu tempat untuk memudahkan ibu bapa dan murid akses pada masa yang sesuai. Selain itu, MyLink ini juga menjadi dokumentasi digital untuk cikgu serahlan pada pentadbir untuk penilaian prestasi tahunan.

Kesimpulannya
Smartboard ini menjadi target cikgu untuk meningkatkan prestasi diri dalam pengajaran, Ianya menjadi motivasi untuk terus cemerlang mendidik anak bangsa. Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi impak yang besar pada murid pemulihan dalaimeningkatkan prestasi akademik mereka. Cikgu cuba sediakan apa yang termampu...selebihnya DUIT (Doa, Usaha, Ikhlas dan Tawakkal).




Murid Gembira, Cikgu Bahagia.

Post a Comment

0 Comments