#27 Wordwall menarik untuk PdP









Permainan Interaktif 

Pembelajaran di kelas pemulihan memberi pendekatan berpusatkan murid dan fun learning. Murid diberi persekitaran belajar yang lebih santai dan dalam masa yang sama proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan seperti biasa. Permainan merupakan umpan utama untuk menarik minat murid terus belajar. Sesuai diguna pada awal pengajaran, semasa mahupun sebagai penutup. Permainan interaktif merujuk kepada aktiviti yang dijalankan menggunakan sebarang platform multimedia secara atas talian atau aplikasi multimedia sedia ada. Kali ini cikgu menggunakan permainan atas talian "Wordwall" sebagai peneguhan képadá murid sebelum sesi PdP tamat.  

Wordwall

Wordwall merupakan platfom atas talian yang menyediakan templat untuk memudahkan guru membina bahan interaktif untuk PdP menarik seperti profesional. Bahan boleh dibina secara percuma tetapi agak terhad pilihan yang ada. Untuk membina bahan yang lebih menarik dan banyak pilihan, terdapat pakej yang disediakan mengikut kesesuaian dan keperluan guru. Penggunaannya sangat mudah, contohnya untuk kelas cikgu minggu ini melibatkan kemahiran mengenal huruf dan perkataan, cikgu hanya masukkan huruf/ perkataan dan gambar dan siap!!! 

    Sewaktu PdP keperluan asas seperti internet perlu ada dan juga tablet/kpmputer riba. Buka aplikasi wordwall dan belajarlah dengan seronok. Murid gembira, Cikgu bahagia. 😆




Kesimpulannya

Wordwall merupakan salah satu cabang pembelajaran interaktif yang mampu mendakatkan murid dengan minat untuk belajar. Cikgu boleh sesuaikan mengikut keperluan murid. Seperti kelas kali ini, murid bermain pada penutup kelas sebagai aktiviti pengukuhan kerana murid telah ada pengetahuan sedia ada tentang isi pengajaran. Selamat mencuba !!




Post a Comment

0 Comments