#06 Layang-layang Nombor

 Layang-layang Perkataan

Jom buat layang-layang nombor berama-sama. Aktiviti kali ini digunakan untuk kemahiran 3 (nombor bulat). Murid akan menyusun nombor 1-9 dan kemudian membilang satu-satu secara menaik. Aktiviti boleh ditukar untuk tertib menurun sekiranya murid telah menguasai tertib menaik.

Aktiviti ini juga boleh digunakan untuk nombor gandaan contohnya gandaan 10. Ini bagi melatih murid menyebut nombor dalam gandaan 10.  

Bina layang-layang

Mula-mula dapatkan (muat turun) bahan Layang-layang Nombor di bawah, kemudian cetak mengikut bilangan murid. Bahan diberikan terbahagi kepada tiga; nombor 1-9, gandaan 10 dan templat kosong. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. gunting
  2. pensel warna
  3. pita pelekat
  4. benang/ tali

Langkah Pembelajaran

Minta murid mewarna bahan dengan cantik dan kemas. Gunting layang-layang dan ekornya. Disini guru dapat melihat kemahiran menggunting murid. 

Bimbing murid untuk menampal tali/benang pada badan layang-layang menggunakan pita pelekat. Kemudian tampal ekor layang-layang mengikut tertib menaik. 

Uji murid dengan menyebut nombor mengikut tertib/ gandaan. 

Kesimpulan

Guru boleh memperbagaikan aktiviti mengikut kreativiti dan tahap pengusaan murid. Selamat mencuba.

murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera 

#muridceriagurubahagiasekolahbitaranegarasejahtera


<< DOWNLOAD LAYANG-LAYANG >>

Post a Comment

0 Comments