#03 Seronoknya Belajar

 Program Seronoknya Belajar

Selepas sebulan bercuti, permulaan persekolahan dipenuhi dengan mood yang bermacam ragam, ber macam rencah. Seronok nak berjumpa rakan, tapi.... nak belajar?! 😝 Bukan stakat murid, cikgu pun macam-macam ragam. Pengalaman2 lepas memberi idea untuk cikgu sediakan berberapa set lembaran seronoknya belajar. 

Minggu pertama dan kedua di kelas pemulihan selalunya dipenuhi dengan pengurusan kelas seperti pencalonan murid, saringan lisan dan menulis, pengurusan fail dan keceriaan kelas. So, set seronoknya belajar ni sangat membantu dalam pengawalan kelas semasa cikgu nak jalankan saringan. Sambil-sambil tu dapatlah murid melatih kemahiran motor halus dan pengamatan. 

Aktiviti-aktiviti 

Lembaran ini dibina  bagi melatih murid menguasai kemahiran menggunting, menampal dan mewarna. Selain itu terdapat juga aktiviti yang dijalankan di luar kelas seperti aktiviti mengelaskan objek mengikut warna. Aktiviti ini memberi ruang kepada guru untuk melihat tahap pengamatan murid terhadap konsep warna, bentuk, persamaan dan perbezaan objek dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga aktiviti terapi pertuturan seperti meniup buih. Haaaa... seronok kan walaupun belum menjalankan aktiviti. Tak samar rasanya cikgu nak bersama murid-murid cikgu nanti.💖

Kesimpulan

Kesediaan murid penting untuk memastikan proses pembelajaran berlaku dengan jayanya. Sedangkan seorang guru atau orang dewasa pun memerlukan ruang untuk memulakan kerjaya, inikan anak kecil yang masih di alam bermain. Semoga sedikit motivasi ini akan membuka laluan untuk murid lebih serónok datang sekolah untuk belajar.




Post a Comment

0 Comments