Thursday, February 11, 2021

#06||Minggu ke 4 persekolahan||


This short week, sempat class BM ja. So cikgu tried Google Meet (GM) dengan both darjah 3 and darjah 2. Unfortunately majority tak boleh attend GM class kali ni. Apapun, class on macam biasa, next week kita tukar time pulak. 

Dalam sesi GM kali ni, ulangkaji Kemahiran 1 dan 2 Pemulihan. Yg join Alhamdulillah  masih  ingat... nnt yang lain cikgu vid call. Akhir kelas, cikgu bagi link latihan dalam Liveworksheets. The most flexible platform currently yang dapat respon balas murid.

Aktiviti:

🎯 Tugasan :

Google Meet (9.00pm - 10.00 pm)

https://meet.google.com/pxv-cjtv-hzm


Latihan  Interaktif

Send email (seul.elle@gmail.com) ✌️. 

https://www.liveworksheets.com/ai1572619uk 




Read more »

#05 ll Minggu ke tiga persekolahan

Hai semua, haa sekejup ja tau minggu persekolahan dah masuk minggu ke 3. Andai kita alpa, lagi banyak perkara kita tercicir nak laksanakan. For this week dah selesai semua saringan bertulis, cuma saringan lisan ja masih ada yang tak dapat buat video call ataupun Google Meet. 

Jadi, sambil cikgu mulakan PdPR pada minggu ke 4, selit-selit sket lisan dengan anak-anak yang belum selesai. Secara keseluruhannya, mmg boleh group anak-anak ni dalam 2 kumpulan. Group 1 yang dah kuasai abjad, group 2 yang masih belum kuasai abjad dan yang tak dapat PdPR dengan cikgu (murid asli).

Untuk minggu ke tiga ni,:
ISNIN - BAHASA MELAYU
Tajuk : Saringan Menulis Bahasa Melayu
Pada akhir pdpc murid-murid dapat melengkapkan saringan BM (K1-K8)

Aktiviti:
PERHATIAN
1. Murid Perlu menjawab soalan tanpa bantuan ibu bapa.

RUJUKAN SOALAN:
1a ) o,a,i,u,e
1b ) b,s,r,d,h,k,g,p,j,t

🎯 Tugasan : Saringan Interaktif
Send email (seul.elle@gmail.com) ✌️. 

RABU - MATEMATIK
Tajuk : Saringan Menulis Matematik (bahagian 2)
Pada akhir pdpc murid-murid dapat melengkapkan saringan Matematik (K7-K12)

Aktiviti:
PERHATIAN
1. Murid Perlu menjawab soalan tanpa bantuan ibu bapa.
🎯 Tugasan : Saringan Interaktif
Send email (seul.elle@gmail.com) ✌️. 

Bahasa Melayu

Matematik



Read more »

Sunday, February 7, 2021

#04 ll Sistem Mata Ganjaran Maya

Semua pastinya dah biasa dengan Sistem Token/ Mata Ganjaran untuk murid kita. Disamping menggalakkan student engagement, kita juga dapat tingkatkan students punya achievement. Tahun lepas dengan pandemik melanda, terlupa terus mata ganjaran ni... sampai la last week rakan pemulihan Cikgu Ili share dia buat Token Online. Zassss, terus buka Canva (again) dan design Carta Token (template dah ada, edit ja)

Ok, macam mana kita nak kira token kali ni. Setiap hasil kerja yang dihantar dan setiap peningkatan kemahiran kita akan bagi token. Hadiah nanti bila dah buka sekolah kita bagi ataupun mana yang terbaik mengikut kehendak semasa.

Untuk penilaian PdPR ni, tak boleh nak ambil dari online punya assesment, nampak ada pertolongan ibu bapa yang melebihi sepatutnya. Jadi, kita gunakan Google Meet/ Vid Call untuk validity. Bukan nak rigid tapi kita perlu pasti yang anak-anak kita ni dah kuasai. 


Tahun 3 Azam

Tahun 2 Azam
Bertambah semangat cikgu dan anak murid, tak kurang juga ibu bapa. Sama-sama tak nak emoji sedih...semua kejar bintang. Semoga dapat tingkatkan pencapaian dan penglibatan murid semua.

⭐Reach For The Stars ⭐

Read more »

Saturday, February 6, 2021

#03 ll Carta Gant Program Pemulihan

 


Seperti kebiasaan, tiap tahun aku akan sediakan carta gantt supaya senang nak trace apa yang perlu dilaksanakan secara bulanan. Agak practikal untuk aku yang otak yang perlu lihat banyak grafik daripada teks. Semenjak duamenjak ni, aku banyak buat bahan pakai Canva, so kita try buat pakai canva. Hambekk ko, kerja 15 mins jadiknya 1 jam... ahaksss... tu pun sampai google how to create table in canva. Theres no easy way ok, rumit gak jadinya. Apapun...dah halfway so, siapkan saja.

Alhamdulillah.... nnt buka sekolah kita masuk dalam fail.

Jadi, checklist Januari 
  1. Penyediaan Jadual Waktu - checked ðŸ‘
  2. Mengemaskini Fail Pemulihan - 👎 tunggu habis PKP
  3. Menceriakan Bilik Pemulihan - 👎 tunggu habis PKP
  4. Ujian Diagnostik BM/MT - checked 👍
  5. Mesyuarat Panitia BM/MT & AJK Pemulihan 2021 - checked 👍
  6. Data Murid Pemulihan - checked 👍
Now dah bulan Februari, 
  1. Mengemaskini Fail Pemulihan - 👎 tunggu habis PKP
  2. Program HERO - Minggu ke 4 PdPR
  3. Program Smart Matematik - Minggu ke 4 PdPR
Let's get started....

Read more »

Sunday, January 31, 2021

#02 ll Minggu pertama dan kedua Persekolahan 2021

So, dah masuk minggu ke dua persekolahan secara atas talian, atau lebih sinonim Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah(PdPR). Selalunya kalau bersemuka, guru2 pemulihan akan menjalankan proses kerja mengikut yang telah ditetapkan. Jom ulangkaji sikit kalau perjalanan kerja guru pemulihan di sekolah rendah. 

  1. Pencalonan 👍
  2. Ujian Saringan (sedang dilaksanakan)
  3. Ujian Diagnostik & Pengamatan (sedang dilaksanakan)
  4. Analisa Ujian Diagnostik & Pengamatan
  5. Penyediaan Rancangan Pengajaran
  6. Pengajaran dan Pembelajaran
  7. Penilaian
Carta Alir Program Pemulihan
Pencalonan macam biasa dari guru kelas dan guru matapelajaran. Alhamdulillah, tahun ni pun guru kelas dan guru matapelajaran dah boleh kenalpasti murid-murid yang lemah penguasaan dalam asas BM dan Matematik. Jadi, nama-nama yang dicalonkan terus masuk link wa kelas Cikgu Farhana.
Untuk pembelajaran atas talian ni, banyak lagi nak kena belajar, so to break the ice, 1st week macam biasa kita buat ice breaking dimulakan dengan Cikgu Farhana dulu dan bersambung dengan murid-murid lain tahun 3 Azam dan 2 Azam. Alhamdulillah cikgu dapat mood, anak murid pun bagi respond yang sangat menggalakkan. 

  1. Video Pengenalan Guru  (Benime Apps + iMovie untuk editing)
  2. Maklumat Murid  Liveworksheets Minggu ke dua dah mula saringan bertulis Matematik bahagian pertama (Kemahiran 1- kemahiran 6). Walaupun ada sikit invalidity disini, tapi kita jalankan jugak dan akan support dengan saringan lisan untuk minggu ke 4 nanti. Chillex dulu... cara dan syarat2 kita dah bagi, tapi cikgu masih ragu dengan results yang kebabom tu. Cam biasa la...mesti ada bantuan dalam menjawab soalan. Tak pa... no worry. Sabaq sat...

  1. Saringan Matematik Bahagian 1 (K1-K6) 
  2. Video Editing - iMovie + youtube + liveworksheets 
 Alhamdulillah for now ... Next entry kita sambung saringan BM pulak...Chiaw dulu🐞

Read more »

Contact Form

Name

Email *

Message *